Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 3)

21 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-3 ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang pengenalan asas jahitan tangan dan mesin.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta telah diterangkan mengenai pemilihan, penggunaan dan penjagaan alatan dan bahan jahitan serta teknik mengambil ukuran badan mengikut peraturan. Peserta turut mempelajari tentang 5 jenis peralatan menjahit iaitu alatan menanda, alatan menggunting, alatan menjahit, alatan menekan dan alatan mengukur serta bahan untuk mendraf pola.

Peserta juga mempelajari teknik-teknik pengambilan ukuran badan yang betul bagi memastikan nampak menarik dan selesa dipakai. Untuk itu, peserta dikehendaki untuk membawa kain cotton siap gunting saiz 7’x 5’ sebanyak 4 keping, jarum jahit tangan, jarum peniti, kapur, sniper dan benang bagi kegunaan kelas pada minggu hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali